Monday, 23 November 2009
Coffee..........anything for u dear............
Di ketik2 oleh BaWaNg_mEraH_JaMbU | waktu mesia 23:53 |Bangganya memiliki Campro :)
Di ketik2 oleh BaWaNg_mEraH_JaMbU | waktu mesia 18:42 |Pejuang enjin Campro
Oleh JULIA ISMAIL julia.ismail@kosmo.com.my
Menerusi perlumbaan kelajuan dan daya pecutan pada trek lurus sejauh 400 meter, para pemerhati boleh melihat kemampuan kereta berenjin Campro. |
DI bawah terik matahari, seramai 21 pemandu kereta enjin Campro menunggu giliran menguji keupayaan pecutan masing-masing pada MUSC Drag Challenge 2009 di Cyberjaya, baru-baru ini. Semuanya dengan satu tujuan mahu memperjuangkan enjin tempatan. Enjin Campro yang direka bentuk dan dibina sepenuhnya oleh anak tempatan di bawah jenama Proton kini boleh didapati pada beberapa model termasuklah Proton Waja, Gen2, Satria Neo dan Persona. Unit enjin Campro yang mula dipasang pada model Gen2 pada tahun 2004 membolehkan jentera itu mencecah kelajuan sehingga 190 kilometer sejam (km/j) dan dianggap paling berkuasa dalam kelasnya. Ingin membuktikan kemampuan enjin tersebut, komuniti sukan pemotoran telah mewujudkan satu kategori khas dalam perlumbaan drag iaitu kategori enjin Campro. ![]() Pengubahsuaian Jika ramai yang berbangga dengan enjin keluaran syarikat luar negara, bagi beberapa orang anak muda yang memperjuangkan enjin Campro mereka beranggapan tiada salahnya memandu kenderaan berenjin tempatan. Apatah lagi ia dikatakan mampu menyaingi enjin handalan lain selepas menjalani sedikit pengubahsuaian. Dalam acara drag iaitu perlumbaan kelajuan dan daya pecutan pada trek lurus sejauh 400 meter, para pemerhati boleh melihat sendiri kemampuan kereta berenjin Campro. Perlumbaan drag kategori Campro diperkenalkan pada tahun 2006 di Jempol Drag Race, Negeri Sembilan, sebelum diteruskan di Litar Antarabangsa Sepang. Ketika itu ramai pemilik kereta berenjin Campro (terutama Gen2) mula mencuba kemampuan kereta dan skil pemanduan masing-masing. dan...................saya juga mempunyai 1 :p |

KuASA tUHan yg MaHa eSa.....
Di ketik2 oleh BaWaNg_mEraH_JaMbU | waktu mesia 18:37 |
dipetik dari Kosmo..Makan kedondong dapat bayi gergasi
CHANGLUN - Percaya atau tidak, dengan mengamalkan memakan buah kedondong setiap hari sewaktu mengandung, seseorang ibu mungkin melahirkan bayi dengan berat yang luar biasa.
Itulah apa yang berlaku ke atas Aisha Bee Yasin, 35, yang melahirkan bayi seberat 6.15 kilogram (kg) kelmarin.
Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 1.15 pagi itu dipercayai antara bayi terbesar pernah dilahirkan di Malaysia.
Aisha Bee yang berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang bukan setakat menjamah sebiji buah kedondong. Setiap hari dia memakan sekilogram kedondong selain memakan dua kuntum bunga ros merah bermula daribulan kedua kehamilan.
"Saya tidak makan nasi kecuali nasi lemak. Selain kedondong dan bunga ros, saya makan roti dan minum
susu. Adakalanya saya menjamah laksa atau tosai.
"Rutin saya setiap hari ialah makan kedondong dan bunga ros. Ahli keluarga lain tidak boleh sentuh buah itu, saya seorang sahaja yang makan," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Pekan Lama, Kampung Baru di sini semalam.
Aisha Bee, seorang suri rumah, memberitahu, sebelum ini sepanjang mengandung empat anaknya yang lain, dia mengidamkan timun dan lobak tetapi kali ini makanan itu langsung tidak disentuh.
Katanya, bunga ros mudah dibelinya di sekitar Changlun tetapi buah kedondong terpaksa dibeli oleh suaminya, Mohd. Ali Khan Razali, 41, di Alor Setar dan Pulau Pinang.

Tambahnya, mengikut sejarah, keluarganya tidak pernah melahirkan bayi sebesar itu kecuali anak keempatnya, Nur Hasyimah yang seberat 5kg ketika dilahirkan.
p.s: kepada ibu-ibu dan bakal2 ibu..renung2 kan lah :)
aku dan angelina..........
Di ketik2 oleh BaWaNg_mEraH_JaMbU | waktu mesia 14:12 |

aku mula tersenyum..................I feel stress..............
Di ketik2 oleh BaWaNg_mEraH_JaMbU | waktu mesia 13:51 |


- mudah nak marah
- mudah main game
- mudah nak nangeh..mcm ayat azie(cam nak nanges jer)
- berkelakuan aneh
- mencari kopi sepanjang masa
- mudah tekan minyak keta dengan memandu secara laju..akibatnya minyak turun cam meter RPM
- rasa loya2 setiap kali mengadap laptop
- tidur lewat pagi dan bangun tidak selewat tidur
- rambut semakin nipis akibat keguguran.......
- dalam kelas menjadi sayu dan muka agak tekanan sampai lect aku pasan aku x mcm aku
Sunday, 22 November 2009
My fAv sOnG EvEr!!!
Di ketik2 oleh BaWaNg_mEraH_JaMbU | waktu mesia 15:35 |
nEw cHaPtEr-VeR 2
Di ketik2 oleh BaWaNg_mEraH_JaMbU | waktu mesia 13:27 |









