Pejuang enjin Campro
Menerusi perlumbaan kelajuan dan daya pecutan pada trek lurus sejauh 400 meter, para pemerhati boleh melihat kemampuan kereta berenjin Campro. |
DI bawah terik matahari, seramai 21 pemandu kereta enjin Campro menunggu giliran menguji keupayaan pecutan masing-masing pada MUSC Drag Challenge 2009 di Cyberjaya, baru-baru ini. Semuanya dengan satu tujuan mahu memperjuangkan enjin tempatan. Enjin Campro yang direka bentuk dan dibina sepenuhnya oleh anak tempatan di bawah jenama Proton kini boleh didapati pada beberapa model termasuklah Proton Waja, Gen2, Satria Neo dan Persona. Unit enjin Campro yang mula dipasang pada model Gen2 pada tahun 2004 membolehkan jentera itu mencecah kelajuan sehingga 190 kilometer sejam (km/j) dan dianggap paling berkuasa dalam kelasnya. Ingin membuktikan kemampuan enjin tersebut, komuniti sukan pemotoran telah mewujudkan satu kategori khas dalam perlumbaan drag iaitu kategori enjin Campro. Pengubahsuaian Jika ramai yang berbangga dengan enjin keluaran syarikat luar negara, bagi beberapa orang anak muda yang memperjuangkan enjin Campro mereka beranggapan tiada salahnya memandu kenderaan berenjin tempatan. Apatah lagi ia dikatakan mampu menyaingi enjin handalan lain selepas menjalani sedikit pengubahsuaian. Dalam acara drag iaitu perlumbaan kelajuan dan daya pecutan pada trek lurus sejauh 400 meter, para pemerhati boleh melihat sendiri kemampuan kereta berenjin Campro. Perlumbaan drag kategori Campro diperkenalkan pada tahun 2006 di Jempol Drag Race, Negeri Sembilan, sebelum diteruskan di Litar Antarabangsa Sepang. Ketika itu ramai pemilik kereta berenjin Campro (terutama Gen2) mula mencuba kemampuan kereta dan skil pemanduan masing-masing. dan...................saya juga mempunyai 1 :p |